Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia

Sunday, February 24, 2013



Tajuk     : Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah
Penulis   : Muhammad Muhyidin
Penerbit : Kemilau Publika
Harga    : RM16.00

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru  ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan membuatkan anak-anak terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika  anak-anak itu membesar tanpa ilmu  akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.  
Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah.

No comments:

Post a Comment