Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Tajuk: Agar Haji Tidak Sia-Sia
Penulis: Misbah Em Majidy
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

Perbaruilah janjimu di hadapan Allah dengan mengakui segala keesaanNya. Dekatkan diri selalu kepada Allah ketika di Muzalifah. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih haiwan korban. Lemparkanlah syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jumrah (Jamarat). Cukurlah aib-aib lahir (kotoran) dan batinmu (dosa) ketika mencukur rambut.

Tinggalkan kebiasaanmu yang selalu menurut kehendak (keinginan nafsu)mu, dan masuklah kepada perlindungan ke Masjidil Haram. Berputarlah di sekitar Baitullah dengan sungguh-sungguh mengagungkan Pemiliknya dan menyedari Kebesaran dan Kekuasaan-Nya.

Beriltizamlah kepada Allah dengan penuh keredaan atas setiap ketentuan Allah dan rendahkan diri engkau di hadapan KebesaranNya. Tinggalkanlah apa saja selain Allah dalam hatimu ketika engkau melaksanakan tawaf perpisahan. Sucikan batinmu untuk menemui Dia (Allah Azza wa Jalla) pada hari pertemuan dengan Dia, ketika kau berdiri di Safa. Tempatkan dirimu pada pengawasan Allah dengan membersihkan seluruh perilakumu di Marwah.”

Maka, lakukanlah dengan niat yang betul lurus dan sempurna, agar hajimu tidak menjadi sia-sia.



Monday, March 18, 2013

Tajuk: Doa Ajaran Ilahi
Penulis: Anis Masykhur, Jejen Musfah
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00

Doa-doa di dalam al-Quran adalah reduksi Allah, Maha Pencipta kepada utusannya. Oleh kerana ia diambil terus daripada al-Quran, secara langsung ia terlepas daripada nilai-nilai yang berbau khurafat. Sebuah buku yang lengkap memuatkan doa-doa yang mustajab dan lebih dianjurkan. Ia bersifat praktis dan berguna sepanjang hidup. Di sini terletak keistimewaannya.

Buku ini dirancang khas. Setiap doa diberi penjelasan singkat dan padat. Kemasannya dibuat dengan menarik. Setiap doa dimuatkan penjelasan, sebab turun ayat (asbabun nuzul), faedah, keutamaan, tafsir, dan siapa nabi yang menggunakan doa tersebut. Ditambah pula hadis Nabi Muhammad yang menyokongnya. Pada bahagian yang lain, buku ini dilengkapi dengan lampiran teks-teks doa yang memudahkannya di bawa ke mana-mana.

Tajuk: Dahsyatnya Qiamullail
Penulis: Mahmudin Abdullah
Penerbit: PTS
Harga: RM10.90

Tahukah anda, malam adalah waktu yang dahsyat dan menakjubkan?
Malam adalah waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan.
Disebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan iman
Dahsyatnya Qiamullail menyingkap rahsia di sebalik kedahsyatan hikmah, keberkatan dan kemualiaan yang diberikan Allah pada waktu malam khususnya bagi umat Islam

Tajuk: Berubat Dengan Solat
Penulis: Fahrur Muis
Penerbit: PTS
Harga: RM13.00

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah : ayat 153).
“Berdiri dan solatlah kerana di dalam solat ada ubat.” (Hadis Imam Ahmad)
Fakta ilmiah ini menjadi titik persoalan kajian kepada buku ini. Adakah benar solat terbukti sebagai terapi menurut kajian zaman ini? Adakah benar solat boleh menjadi ubat kepada penyakit? Bagaimana terapi solat dilihat daripada kaca mata ahli perubatan?

Kesihatan yang baik sama ada jasmani ataupun rohani adalah impian setiap individu. Ramai yang rela mengorbankan harta dan wang ringgit semata-mata bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Kesihatan dapat diperoleh daripada aktiviti bersenam, mengamalkan gizi seimbang dan mengikuti nasihat doktor. Namun, sedarkah kita, solat juga dapat menjadi ubat bagi penyakit fizikal dan mental.
Buku ini memaparkan pelbagai manfaat solat terutamanya daripada aspek kesihatan jasmani mahupun rohani. Kelebihan solat sebagai penawar bermula dari wuduk hingga salam. Di dalamnya terkandung 1001 rahsia terapi pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani.

Tajuk: Amalan & Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Penulis: Imam Nawawi
Penerbit: PTS
Harga: RM3.50

Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh beliau menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.


Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah.


Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih dalam kitab Riyadus solihin susunan Imam Nawawi.

Tajuk: Al-Ma'thurat
Penulis: Imam Hassan al-banna
Penerbit: PTS
Harga: RM3.00

Wednesday, March 13, 2013

Tajuk: Ajaibnya Sedekah
Penulis: Muhammad Muhyidin
Penerbit: PTS
Harga: RM11.90

Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Tajuk: Adab Ramadan
Penerbit: PTS
Harga: RM5.50

Ramadan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud panas terik. Ramadan berasal daripada kata akar 'ramada' yang bererti panas menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar itu, kata Ramadan digunakan bagi menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan.

Pendapat lain mengetakan kata Ramadan digunakan pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah, Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan Ramadan bagi serius menghapuskan dosa, muhasabah diri dan memperbaharui dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.
Buku Adab Ramadan adalah himpunan maklumat mengenai Ramadan bermula dari pengenalan, hukum-hukum, adab-adab dan segala yang berkaitan Ramadan.

Tajuk: 3T; Taubat, Tasbih, Tahajud
Penulis: Zaini Ali Akbar
Penerbit: PTS
Harga: RM35.00

Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Tajuk: Yang Ok & Ko Dalam Ibadah Haji & Umrah
Penulis: Khair Abdul Salam & Zulkifli Khair
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Oleh kerana itu, ramai antara kita kurang arif ataupun tidak tahu secara mendalam mengenai tertib ibadah haji ataupun umrah. Bahkan solat yang kita lakukan setiap hari juga kadangkala tersilap, terlupa dan sebagainya, apatah lagi ibadah haji ataupun umrah yang jarang sekali kita lakukan. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan, Tuhan memberikan garis panduan mengenai apa yang OK dan apa yang KO dalam ibadah yang penuh berkat ini.

Garis panduan itu termaktub di dalam Quran, sunah Nabi Muhammad dan kitab-kitab tokoh-tokoh Islam terdahulu. Bersyukurlah, kini kita tidak perlu bersusah payah mencari sumber rujukan bagi mengetahui apa yang OK dan KO dalam ibadah haji dan umrah, segala-galanya itu berada di tangan anda sekarang. Sama ada anda hendak menunaikan haji ataupun umrah ataupun hendak menghadiahkan buku panduan kepada saudara yang ingin menunaikan haji ataupun umrah, buku ini adalah jawapannya. Ia diterbitkan bersama dengan dua buku lain yang menjadi bonus kepada buku ini.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah: Penjelasan, apa yang OK dan yang KO dalam ibadah haji dan umrah? Tip dan panduan bagi melakukan apa yang OK dan menghindari apa yang KO. Tertib bagi menunaikan fardu haji ataupun umrah yang sempurna. Doa-doa terkenal berkaitan ibadah haji dan umrah. Penulis buku ini iaitu Ustaz Khair Abd Salam dan Ustaz Zulkifli Khair adalah tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan haji dan umrah. Ustaz Khair Abd salam sendiri sudah terlibat dalam memberikan ceramah, latihan dan penerangan mengenai ibadah haji dan umrah bersama dengan Lembaga Tabung Haji sejak 10 tahun yang lalu. Beliau juga berpengalaman dalam mengetuai jemaah haji ataupun umrah ke tanah suci Mekah. Kini, segala ilmu dan pengalaman itu diterjemahkan dalam bentuk penulisan dalam buku ini. Milikilah buku ini segera sebelum anda bertolak ke Mekah. InsyaAllah, haji mabrur milik anda.

Tajuk: Travelog Haji- Edisi Jimat
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: PTS
Harga: RM18.00

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

Tajuk: Terapi Solat Tahajud
Penulis: Mohammad Salleh
Penerbit: PTS
Harga: RM23.00

Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit,� (Hadis riwayat Tirmizi)

Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, �Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit.� Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud, �Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.� Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang yang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakala dalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan, dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solat tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, �Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
Penulis: Muhammad Mokhtar
Penerbit: PTS
Harga: RM10.90

“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Prakata

Bab 1
Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha
Hakikat dan Tatacara Solat Duha
Tirai Rahsia Allah

Bab 2
Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha
Pintu dan Kunci Rezeki
Memperbaiki Kualiti Solat
Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat
Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja
Keseimbangan Diri
Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat

Bab 3
Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan
Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Kemiskinan dan Kekufuran
Kesedaran Menuju Perubahan
Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya?
Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi

Bab 4
Bangkit dan Menjemput Rezeki
Arah Datangnya Rezeki
Rezeki Umpama Isyarat Pemancar
Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar
Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki

Bab 5
Seni Spiritual Menjemput Rezeki
Ritual yang Sesat
Ibadah adalah Jalan yang Lurus
Spiritual Solat Duha

Bab 6
Solat Duha adalah Roh Rezeki
Perang Lahir dan Batin
Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat
Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki

Bab 7
Penutup
Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup

Tajuk: Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
Penulis: Muhammad Rusli Amin
Penerbit: PTS
Harga: RM14.90

Tajuk: Himpunan Soal Jawab Puasa
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil, Zulkarnain Dollah
Penerbit: PTS
Harga: RM4.50

Setiap amalan anak Adam itu ada ganjaran pahala yang ada hadnya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan memberikan balasannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Puasa adalah sebahagian daripada ibadah. Puasa ada berbagai-bagai jenis. Ada puasa wajib seperti puasa di bulan Ramadan, puasa qada, puasa kafarah, puasa nazar dan ada juga puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, puasa hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan qamari dan banyak lagi. Puasa sebenarnya cukup sinonim bagi umat Islam dan antara ibadah yang paling disukai Allah.

Walau bagaimanapun, sebelum berpuasa, penting bagi umat Islam mengetahui syarat-syarat mencapai matlamatnya, bermula dari sah dan batal hingga kepada perkara yang remeh seperti perkara-perkara sunat yang dibuat tetapi mencapai ganjaran yang cukup besar.

Buku Himpunan Soal Jawab Puasa adalah himpunan soal jawab daripada kebanyakan soal jawab yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam. Setiap soalan diambil dan ditapis baik daripada pandangan ulama tradisional mahupun persoalan-persoalan yang terkini dan kontemporari.

Ahmad Adnan Fadzil adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Uni. Al-Azhar (1997). Diploma Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004). Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Zulkarnaini bin Dollah pula adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999 dan berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001. Kini, beliau bertugas sebagai pendidik di negeri Pahang.

Tajuk: Haji Muda : Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
Penulis: Ridzwan Bakar
Penerbit: PTS
Harga: RM19.00

Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama.
Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda.
Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaran haji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari ‘seruannya’ sendiri dengan membuat perancangan haji semasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa.
Justeru, buku ini ditulis bagi menggarap peluang dan bermatlamat:

1. Mengajak menunaikan kewajipan haji ketika usia muda
Pengolahan jalan cerita memberi inspirasi kepada pembaca betapa pentingnya melaksanakan haji pada usia muda.

2. Menjemput pembaca berfikir falsafah Haji.
Terdapat empat konteks yang cuba saya ketengahkan. Pertama, hakikat seru. Kedua, taubat dan mohon keinsafan. Ketiga pentingnya ilmu dan mendekati sejarah nabi. Keempat apakah bentuk pendidikan haji yang menuntut kita laksanakan khususnya selepas selesai haji. Mampukah dan layakkah kita memohon Syurga Firdaus atau sekadar berada di syurga setinggan?

3. Memberi panduan haji
Sedikit panduan ringkas persediaan haji meliputi aspek fizikal, kewangan dan rohani. Buku ini disusun mengikut perjalanan penulis sebelum, ketika berada di tanah suci dan selepas melengkapkan haji. Ia ditambah nilai dengan pengalaman umrah selepas haji.

4. Tips pengurusan kewangan haji
Semua insan bercita-cita untuk ke tanah suci, kemungkinan selepas pencen. Apabila perkara ini dibincangkan dengan teman-teman, perkara pokok yang difikirkan adalah di mana hendak mencari duit? Buku ini memberi sedikit tip kepada bakal haji muda dan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarga dan anak-anak serta sesuai menjadi panduan umum pengurusan kewangan kepada pembaca.

5. Pelengkap kepada siri buku ‘Travelog Haji‘ yang diasaskan oleh Prof Dr. haji Muhd Kamil Ibrahim dan Penerbit PTS Islamika.
Buku terdahulu, ‘Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman’ (selepas ini dirujuk sebagai THMSI) membimbing pembaca terus ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian Madinah. Buku ini pula memimpin pembaca bagi menghayati haji semasa di Madinah bagi menggarap peluang memperoleh haji terbaik sebelum melangkah ke Mekah. Pembaca akan memperoleh manfaat daripada kedua-dua buku dengan catatan perjalanan yang berbeza. Dari sini (khusus bakal tetamu Allah yang pertama kali melangkah ke tanah suci), mereka akan mendapat gambaran perjalanan daripada dua perspektif dan bolehlah membuat perancangan perjalanan haji dari awal. Hakikatnya, kedua-dua buku mengajak pembaca berfikir dan mencadangkan panduan berguna yang dapat dimanfaatkan oleh bakal tetamu Allah.

Tajuk: Fikah Luar Negara
Penulis: Maszlee Malik, Hamidah Mat
Penerbit: PTS
Harga: RM19.00

“Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
Isi Kandungan
Isi Kandungan

Pendahuluan: Dasar-Dasar Fikah Luar Negara
Mukaddimah
Empat Faedah Membaca Buku Ini
Babi Susahkan Kehidupan Muslim
Fikah Semasa Bermusafir Udara (1): Mengapa Tidak Menyapu Khuf?
Fikah Semasa Bermusafir Udara (2): Bolehkah Menyapu Stoking dan Kasut?
Rukhsah Jamak Solat yang Dipinggirkan
Fikah Qasar Solat 1
Fikah Qasar Solat 2: Persoalan Berkaitan Qasar
Bilangan Sah Solat Jumaat
Khutbah yang Efektif
Imam Wanita bagi Solat Jumaat
Pakaian Lelaki Islam
Pakaian Wanita Islam
Hukum Bertindik dan Bertatu
Kewajipan Menyampaikan Islam
Saya Pilih Koshe
Mencari Hari Kekasihku
Mereka yang Rugi dan Mereka yang Untung pada Tahun Baru

Penutup
Biodata Penulis
Bibliografi

Tajuk: 501 Soal Jawab Tentang Haji Dan Umrah
Penulis:
Penerbit: PTS
Harga: RM24.00

Bagi kebanyakan orang, pengembaraan ke Baitullah adalah perjalanan sekali seumur hidup. Oleh sebab itu, kesempatan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Justeru, bagi mendapat haji dan umrah yang mabrur, persediaan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah ini perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang bakal menjadi tetamu istimewa di sisi Allah.
Buku 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah ini hadir bagi merungkai persoalan-persoalan remeh yang sering membelenggu jemaah haji dan umrah. Jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah ringkas dan padat. Turut disertakan dengan gambar rajah bagi memudahkan pemahaman pembaca. Antara topik-topik yang dimuatkan adalah:
Perkara rukun dan wajib dalam haji dan umrah
Masalah haji bagi wanita, kanak-kanak dan orang tua
Haji Badal
Khurafat
Khair Hj. Abdul Salam adalah pendakwah bebas dan penceramah bertauliah Jabatan Agama Johor. Beliau pernah bertugas di Mekah dan Madinah sebagai guru agama di bawah Lembaga Tabung Haji Malaysia dan Syarikat Rahman Brothers Travel and Tours Sdn. Bhd.
Zulkifli Khair adalah jurulatih sepenuh masa yang terlibat dalam program pembangunan insan sejak awal 1990-an. Giat menghasilkan karya fiksyen dan bukan fiksyen dalam bidang agama, sains, pemikiran, pendidikan dan semasa.
Abdul Ghani Jalil adalah bekas pensyarah di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial di Universiti Teknologi Malaysia. Aktif sebagai penceramah dan penulis dan pakar dalam bidang bahasa Arab dan Lateral Thinking.

Wednesday, March 6, 2013



Tajuk: Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Penulis: Dato' Dr Haron Din
Penerbit: PTS
Harga: RM26.00

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:

Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.

3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.