Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Tajuk: Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Penulis: Rusydi Ramli al-Jauhari
Penerbit: Must Read
Harga: RM65.00



Wednesday, April 10, 2013

Tajuk: Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Penulis: Asadullah Al-Faruq
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Tajuk: 100 Sunnah Rasulullah yang dilupakan
Penulis: Haifa Abdullah ar-Rasyid
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM20.00

Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah swt kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah saw. Namun, bila melihat realitinya, umat Islam kini lebih banyak meninggalkannya.

Ada yang meninggalkannya kerana kurang perhatian dan cenderung melupakannya; ada pula mengolok-olokannya, bahkan menghina orang yang mengamalkan serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.

Menghidupkan sunnah Nabi saw ertinya memahami petunjuk beliau.

"...maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu." [HR Abu Daud & Tirmizi]

Buku istimewa ini menghuraikan pelbagai sunnah Nabi saw yang makin dilupakan oleh kebanyakkan kaum muslimin; diantaranya masalah taharah, solat, musafir, haji dan umrah serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya.

Tajuk: Rahsia-Rahsia Besar di sebalik Sirah Nabawiyyah
Penulis: Saari Sungip
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM30.00

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya.

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.

Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita.

Monday, April 8, 2013

Tajuk: Senyum & Tawa Rasulullah
Penulis: Misbah Em Majidy
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.





Monday, March 18, 2013

Tajuk: Amalan & Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Penulis: Imam Nawawi
Penerbit: PTS
Harga: RM3.50

Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh beliau menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.


Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah.


Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih dalam kitab Riyadus solihin susunan Imam Nawawi.

Tajuk: Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W
Penulis: Zulkarnain Dollah
Penerbit: PTS
Harga: RM4.00

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.”(Al-Ahzab:21)
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

Zulkarnaini bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.

Tajuk: Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W
Penulis: Zulkarnain Dollah
Penerbit: PTS
Harga: RM4.00

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.”(Al-Ahzab:21)
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

Zulkarnaini bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: Didik Anak Gaya Rasulullah
Penulis: Prof Dr Huzaemah
Penerbit: PTS
Harga: RM39.90

Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak. Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.

Tajuk: Diari Hidup Rasulullah SAW
Penulis: Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz, Muhammad Syamsul Yakin
Penerbit: PTS
Harga: RM11.90

Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.
Prakata

Pendahuluan

Bab 1: Solat Tahajud
Satu Malam di Cileunyi
Memahami Tahajud daripada
Tafsir Surah al-Israk Ayat 79
Menjenguk dan Menjejaki Kedudukan
Rasulullah S.A.W
Malam Keintiman dan Peristiwa Besar
Fadilat dan Keindahan Solat Malam
Waktu, Jumlah Rakaat dan Menggantikan
Solat Malam
Menikmati Solat Tahajud
Beberapa Bacaan Doa
Kesan ke Atas Kesihatan
Kesan Perubatan Solat

Bab 2: Menyelami dan Memahami Quran
Membangunkan Generasi Qurani
Peluang dan Tentangan Menyelami Quran
Satu Jam Selepas Subuh

Bab 3:Solat Subuh Berjemaah di Masjid
Solat Subuh di Masjid adalah Syariat
Keindahan dan Keutamaan Solat Subuh
Berjemaah di Masjid
Sebuah Kisah, Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Berjemaah

Bab 4:Solat Duha
Dimensi Rezeki dalam Solat Duha
Kata-kata Hikmah Makna Memberi

Bab 5: Sedekah
Memberi Tidak Semestinya Material
Membedah Makna Sedekah
Berkat Sedekah
Berkatnya Hilang Apabila…

Bab 6: Wuduk
Falsafah Wuduk
Hikmah Wuduk

Bab 7: Berzikir
Makna dan Hakikat Zikir
Ayat-ayat Berkenaan Zikir
Manfaat dan Fadilat Zikir
Beberapa Kelebihan Kalimat-kalimat
yang Kita Baca
Singgah di Taman Syurga Dunia
Selama Ini Kita Cuma Berzikir
Bagaimana Zikir Dilakukan pada Zaman Nabi?
Mengikut Aliran atau Tarekat Tertentu
dalam Berzikir?

Monday, March 11, 2013



Tajuk: Muhammad bin Abdullah- Peribadi Seorang Pahlawan
Penulis: Abdul Hakim Ahmad
Penerbit: PTS
Harga: RM17.00

Pahlawan sering didefinisikan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah.

Mereka lahir pada setiap zaman dan di setiap kelompok kaum. Tiada kod yang boleh mendefinisikan seseorang itu pahlawan dengan tepat. Namun, kewujudan mereka bagai diperlukan bagi mengimbangi antara kejahatan dengan kebaikan.
Nama-nama seperti Alexander the Great, Spartan, Troy, Julius Caesar, Gengis Khan dan sebagainya menunjukkan bagaimana pahlawan itu dinobat dengan kegagahan, kecergasan dan kecerdasan mental yang kuat dalam menguasai sesuatu pertempuran.Muhammad putera Abdullah bin Abdul Mutalib juga tidak terkecuali. Malah, beliau lebih berjaya dalam mengimbangi antara kegagahan fizikal, kecerdasan mental dan ketinggian rohani dalam sebarang situasi.

Buku Muhammad bin Abdullah: Peribadi Seorang Pahlawan, meluaskan persepsi mengenai ciri bagaimana peribadi pahlawan yang cemerlang dan seimbang daripada pelbagai aspek. Turut menyentuh:

* Bagaimana ciri kepahlawanan Nabi Muhammad dibentuk.
* Cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang hidup.
* Ciri kepahlawanan yang ada pada Nabi Muhammad.
* Tegas kepada musuh, lemah lembut kepada umatnya.


Abdul Hakim Ahmad adalah pembantu tadbir kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran dan Undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).