Tajuk: Mohammed Morsi
Penulis: Zainudin Hashim
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM25.00
Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]
Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.
Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.
Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.
Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.
Kami Menyediakan Perkhidmatan Jualan Buku Agama, Cd/Vcd/Mp3 al-Quran dan Nasyid, Sticker Motor/Kereta dan Poster berkonsepkan Islam. Kami juga merupakan Pemborong dan Pembekal Buku-buku Agama, Buku Sekolah, Universiti, Perpustakaan dan Permainan Pendidikan.
Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia
Showing posts with label Tokoh Dan Sejarah Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Dan Sejarah Islam. Show all posts
Thursday, April 11, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Tajuk: Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan
Penulis: Subky Abdul Latif
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM20.00
FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catitan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan dan yang boleh dianggap guru. Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu.
Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.
Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.
Penulis: Subky Abdul Latif
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM20.00
FADZIL NOOR, dia guru, dia kawan; adalah satu catitan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Fadzil Noor sebagai kawan dan yang boleh dianggap guru. Buku ini bukan satu sejarahnya, bukan biografinya, bukan ajaran dan pemikirannya, tetapi adalah satu kumpulan pengalaman bagi mengenali beliau secara umum sepintas lalu.
Biar sejarahnya dirakam oleh para sejarawan, ajaran dan pemikirannya dikaji dan dianalisis oleh para propagandis zaman dan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Moga–moga para pengkaji dan peminatnya dapat memanfaatkan catatan ini sebagai persiapan awal untuk menghasilkan rakaman khazanah peninggalannya yang lebih besar dan bernilai.
Paling penting di sini ialah Ustaz Fadzil Noor mesti dikenali oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan mereka yang tahu nama tetapi tidak sempat mendekatinya serta belum dilahirkan semasa beliau pergi dulu. Menerusi buku ini generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Mohd. Noor.
Monday, March 11, 2013

Tajuk: Siapa Khadijah binti Khuwailid
Penulis: Nabilah Hasan
Penerbit: PTS
Harga: RM8.90
Bab 1: Latar Belakang
- Tahun Bersejarah
- Tentera Bergajah
- Burung Ababil
- Kota Kelahiran Khadijah
- Keluarga Khadijah
Bab 2 : Usia 15-25 Tahun
- Perkahwinan Pertama
- Perkahwinan Kedua
- Menjadi Usahawan
- Yang Dinanti Sudah Pulang
- Laporan
- Zaid Yang Baik
Bab 3 : Usia 25-28 Tahun
- Mimpi Matahari
- Lelaki Yang Tidak Dikenali
- Menyampaikan Hasrat
- Dua Hati Bertemu

Tajuk: Khadijah; Cinta Abadi Kekasih Nabi- Soft Cover
Penulis: Dr. Muhammad Abdul Yamani
Penerbit: PTS
Harga: RM29.00
"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-
"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.
Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.
Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.
Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.

Tajuk: 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh
Penulis: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Penerbit: PTS
Harga: RM20.00
Menyingkap Sejarah Perjuangan dan Kegemilangan Tokoh Abad ke-20 & 21 “Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.“ -Direkodkan oleh Imam Baihaqi-
Mustafa Al-Syiba’iy Dr. Yusuf Musa Mahmud Shaltut Muhammad ‘Imarah Muhammad al-Ghazali Abu Hassan Ali al-Nadawi Ismail Sodiq al-Adawi Muhamad al-Mutawalli al-Sya’rawi Dr. Wahbah Al-Zuhayli Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Mereka adalah penerus usaha dakwah nabi sepanjang zaman. Mereka belajar dan mengajar dengan tanpa mendapat sebarang kepentingan peribadi. Mereka membawa mesej yang sama sejak dari zaman nabi hingga ke akhir hayat mereka.
Kehadiran mereka tanda kasih sayang Tuhan kepada manusia. Buku ini menghimpunkan 10 tokoh sarjana Islam paling berpengaruh pada abad ke-20 dan 21 sebagai rujukan untuk generasi seterusnya.
Sunday, February 24, 2013
Tajuk : Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat
Penulis : Sabaruddin Hussein
Penerbit : PTS
Harga : RM17.00
Buku ini mendedahkan:
- Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
- Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
- Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
- Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
- Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
- Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



