Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Tajuk: Kamu, Apa yang Kamu Makan
Penulis: Ann Wan Seng
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu yang suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberikan manfaat kepada tubuh dan kesihatan. Selain itu, aspek pemakanan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan amalan keagamaan dan amal ibadat yang dilakukan. Bagi mencapai kesempurnaan dan tahap tertinggi dalam ibadat, roh perlu dalam keadaan yang bersih. Untuk membersihkan roh, seseorang perlu membersihkan hatinya. Untuk membersihkan hati pula, seseorang harus memastikan makanan yang dimakan adalah bersih dan datang daripada sumber yang halal.

Menyedari betapa pentingnya aspek ini dalam kehidupan umat Islam dan manusia secara umumnya, buku ini memberikan perhatian khusus untuk memberikan panduan mengenai pemakanan berasaskan sunnah Nabi dan tuntutan ajaran Islam. Sesungguhnya sebaik-baik contoh tauladan ialah baginda Rasulullah . Setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan cara hidup baginda mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Semoga dengan memiliki buku ini akan memberikan kesedaran kepada kita dalam menjaga pemakanan seharian kerana ia melibatkan bukan sahaja aspek kesihatan malah keagamaan.

Selamat Membaca.





Tajuk: Mauizhah: Catatan Bimbingan dari Seorang Guru
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM28.00

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?"

"Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati."

Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT. Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia.

Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya.

Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat.

Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.

Tajuk: Propagandis Zaman
Penulis: Subky Abdul Latif
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM39.00

PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.

Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.

Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.

Tajuk: Aku Melayu di Kota Inggeris
Penulis: Muhaimin Sulam
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.

Monday, March 25, 2013

Tajuk: Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis: Fathuri Salehuddin
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM18.00

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' dari Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikuti rahsianya.

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: 99Q Kecerdasan Berasaskan Asmaulhusna
Penulis: Sulaiman Alkumayi
Penerbit: PTS
Harga: RM65.00

Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya.
Bila selesai baca buku ini pastiya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.
Salah satu cara yang dapat digunakan bagi mempercepat menghafal al-asma al-husna adalah melalui nyanyian dan muzik. Menurut Imam Ghazali, muzik memiliki pengaruh yang dapat membangkitkan rasa rindu pada tuhan. Dalam muzik, seseorang dapat mengungkapkan rasa cintanya sehingga terjadi hubungan antara pemuzik dengan tuhan. Irama muzik mampu menimbulkan rasa rindu, sayang dan sedih.2
Ahmad Ghazali, adik kepada Imam Ghazali menambah, muzik memberikan empat manfaat pada manusia. Pertama, muzik dapat menghilangkan kekacauan jiwa dan sekali gus dapat melahirkan kesan penyaksian (musyahadah) pada Allah. Kedua, muzik dapat menguatkan kalbu dan cahaya rohani. Ketiga, muzik dapat melepaskan seseorang daripada pelbagai urusan yang dihadapi sehari-hari dan menjadikan dia mudah menerima pelbagai rahsia. Keempat, dengan mendengarkan muzik, kalbu menjadi gembira dan seterusnya meningkatkan kesihatan seseorang.

Wednesday, March 6, 2013



Tajuk: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Penerbit: PTS
Harga: RM25.00

Sinopsis

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapatdihindari.Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama.

 Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yangdihadapi dalam kehidupan seharian mereka.Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspekberikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta,zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.


Tajuk: Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Taharah
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2• Hukum Kencing Tidak Lawas 2• Cara Mandi Wajib 3• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena AirKencing4• Mandi Junub Atau Mandi Wajib 5• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi 5• Penggunaan Botol Arak 6• Samak Jaket Kulit Khinzir 7• Bawa Lori Najis 7• Kasut Berkulit Babi 8• Kemeja Sutera Campuran 8• Samak Kereta Terkena Anjing 9• Adab Masuk Tandas 10• Kencing Berdiri 11• Makanan Dimasuki Semut 11• Membersihkan Barang Bundle 12• Bangkai Dalam Air 12• Veterinar Memegang Anjing 13dan lain-lain.

Sunday, March 3, 2013



Tajuk: Ustaz Azhar Idrus Live
Penulis: Ustaz Azhar Idrus dan Kartunis Athool
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM15.00

Sinopsis

Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat. Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.


Tajuk    : Penawar Duka Pengubat Sengsara
Penulis  : Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: Alaf21
Harga   : RM17.00

Sinopsis

Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaaan yang dialami…Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA…

Pengisian Menarik:

• Iman Tidak Dipaksa• Bila Usia Menjelang 40• Kemanisan Dalam Ujian• Menangislah Wahai Mata• Mencari Keberkatan Masa• Di Sebalik Cinta Dan Tawakal• Mencari Hikmah Di Sebalik Duka• Jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN• Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan?• Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Sunday, February 24, 2013


Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit: Telaga Biru
Harga : RM55.00

 Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.