Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Tajuk: Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan Allah
Penulis: Zainudin Hashim
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Buku 'Allah Is Calling' yang telah diterbitkan sebelum ini telah memaparkan kisah beberapa orang insan yang telah dianugerahkan hidayah dari Allah. Hidayah yang diterima telah mengubah cara hidup mereka dengan berlandaskan Islam berbanding sebelumnya. Justeru, kali ini, juga akan menceritakan kisah insan lain yang turut menerima hidayah Allah. Naskah ini juga akan berusaha untuk mendedahkan kedua-dua perbezaan maksud antara dua perkataan yang sinonim dengan orang bukan Islam dan mereka yang cenderung kepada Islam iaitu ‘taufiq’ dan ‘hidayah’.

Hal ini supaya para pembaca dapat membuat penilaian secara bijak bagaimana seseorang itu dikurniakan kepadanya taufiq terlebih dahulu sebelum mendapat hidayah daripada Allah . Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab, malah ada berbagai-bagai cara yang antara satu sama lain tidak sama.

Ikutilah kisah menarik para muallaf yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman.





Tajuk: Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-ayat Cinta Allah
Penulis: Selamat Amir
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM13.00

Ayat-ayat cinta-Nya…
Membuat Hidup Penuh Makna..
Damai Jiwa, Tiada Duka dan Lara..
Membalut Luka Lama..
Dengan Lilitan Cinta Tiada Tara…
Moga Istiqamah Berselimut Mujahadah..
Kerana Manisnya Syurga Yang Tiada Dua..

Sentuhlah jiwamu dengan ayat-ayat cinta Allah merupakan sebuah nukilan daripada seorang penulis muda yang menjelaskan mengenai kalimat-kalimat al-Quran yang ringkas, namun mampu menjadi motivasi kepada manusia yang berpegang kepadanya. Ini kerana, walaupun ringkas, namun ia mempunyai maksud tersirat yang panjang. Ianya menusuk sanubari sesiapa yang berpegang padanya.

“Peganglah kedua-dua tanganmu sekuat-kuatnya dengan tali Allah SWT,
Sesungguhnya ia adalah satu-satunya sandaran buatmu
Dan biarkan sandaran-sandaran yang lain melepaskanmu
Dan yakinlah apa yang datang dan pergi darimu itulah yang terbaik buatmu”

Tajuk: Travelog Budak Mentah
Penulis: Hafizul Faiz
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM19.00

"Setiap yang tua pernah muda, namun setiap yang muda tidak semestinya tua. Perjalanan hidup punya cerita yang berbeza bagi setiap manusia meskipun datangnya mereka daripada sulbi yang satu iaitu Nabi Adam dan Hawa a.s. Hafizul Faiz anak muda gigih, membaca, memikir dan menulis setiap yang dilaluinya.

Jujur berkongsi dan jelas hala fikirnya, bukan semua orang sudi berkongsi cerita, apatah lagi cerita dirinya sendiri... namun untuk dakwah, untuk perkongsian beliau mengambil jalan yang jarang dipilih oleh rakan seusianya malah mungkin yang berganda usia daripadanya."

Tajuk: Mauizhah: Catatan Bimbingan dari Seorang Guru
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM28.00

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang alim bernama Fatah al-Maushili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: "Benarkah seorang pesakit akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan minum?"

"Benar katamu wahai tuan guru." Jawab murid-muridnya. Berkata Fatah al-Maushili seterusnya: "Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati."

Yang dimaksudkan dengan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum-hakam dan peraturan Allah SWT. Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan dengan sesama manusia.

Jasad dan tubuh manusia akan mati jika keperluan makan minumnya disekat, demikian juga rohani (jiwa) manusia akan mati jika tidak diberi ilmu dan hikmah yang menjadi santapannya.

Oleh itu, ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia, setiap manusia yang mengajar dan belajar ilmu akan mendapat manfaat masing-masing di dunia dan akhirat.

Hayati bimbingan Tok Guru agar kita lebih belajar tentang hidup ini.

Wednesday, March 13, 2013

Tajuk: Pesanan Buat Diri
Penulis: Suhili Nain
Penerbit: PTS
Harga: RM4.50

Fikiran manusia sudah pasti tidak mampu memahami segala kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan yang menunjuki kita jalan yang lurus.Manusia diperlihatkan kekuasaan-Nya pada setiap sisi kehidupan. Bagi yang melihat daripada pandangan keimanan, segala yang berlaku merupakan pesanan daripada pencipta buat hamba-Nya yang tercinta.


Dalam buku ini, penulis cuba membawa pembaca menilai setiap sisi kehidupan yang terkadang dilupakan. Penilaian jujur terhadap diri akan membawa pembaca kepada kesedaran bahawa kehidupan yang dilalui banyak tergelincir daripada landasan yang sepatutnya.Perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan untuk membentuk kehidupan yang lebih diredai Tuhan.

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: Minda Muslim Super
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS
Harga: RM35.00

Mengikut Merriam-Webster’s Online Dictionary di http://www.m-w.com/dictionary, perkataan super dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud, “Over, above… over and above: higher in quantity, quality, or degree than… : exceeding or so as to exceed a norm… : surpassing all or most others of its kind… : superior in status, title, or position.”
Mengikut The Pocket Oxford Dictionary (Oxford University Press), super bermaksud, “1- above, beyond, or over (superstructure; supernormal). 2- to an extreme degree (superabundant). 3- extra good or large of its kind (supertanker). 4- of a higher kind.”

Justeru perkataan super dapat diertikan sebagai ‘sesuatu yang lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukannya serta sesuatu yang unggul’ dan pada hari ini ia menjadi sebahagian daripada bahasa Malaysia. Sebagai contoh dalam Dewan Eja Pro, ungkapan berhubung minyak berkualiti tinggi, iaitu, ‘petrol with high octane rating’ diterjemahkan sebagai ‘minyak super’ dalam bahasa Malaysia.

Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat yang super. Mereka bermula dari zero (kosong) kemudian berubah menjadi hero. Di peringkat awal umat ini dianggap seperti tunggul, tiba-tiba ia berubah menjadi unggul. Kemudiannya, umat super ini berjaya mengubah dunia. Berhubung dengan kejayaan ini, A.M. Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam (Ross & Perry, New Jersey, 2002) berkata, “Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses itu, ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.”

Tajuk: Menjadi Muslim Terbaik
Penulis: Aa Gym
Penerbit: PTS
Harga: RM10.00

Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Tuhan
Prakata
Nasihat Penulis

Bahagian 1: Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur kerana Sifat Kemanusiaan
Kepentingan Manusia Berbanding
Makhluk Lain
Bersyukur kerana Keislaman Diri
Muslim adalah Manusia Terbaik
Menjaga Diri daripada Perkara yang Merosakkan Iman

Bahagian 2: Membuktikan Diri Sebagai Muslim
Bersihkan Hati
Hiasi Kata-kata
Perbuatan yang Bermanfaat
Beribadah dengan Sebaik-baiknya
Sentiasa Memperbaik Diri
Menghormati Ibu Bapa
Membina Rumah Tangga
Memberi Manfaat kepada Orang Lain
Mencintai Dakwah dan Jihad
Bekerja dengan Bersungguh-sungguh
Membina Ukhwah dan Silaturahim
Menjaga Kesihatan, Penampilan dan Kekuatan Fizikal
Menggunakan yang Halal
Wawasan Global dan Universal

Bahagian 3: Agenda Hidup Muslim
Agenda Hidup Muslim
Agenda Harian, Bulanan, Tahunan dan Seumur Hidup
Sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang menarik perhatian? Sudah tentu bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi ‘bintang’ supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Sunday, March 10, 2013



Tajuk: Quranic Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu
Penulis: Rusdin S. Rauf
Penerbit: PTS
Harga: RM13.00

Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu. Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?Jawapannya sudah pasti adalah Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.