Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia

Sunday, March 10, 2013



Tajuk: Quranic Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu
Penulis: Rusdin S. Rauf
Penerbit: PTS
Harga: RM13.00

Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu. Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?Jawapannya sudah pasti adalah Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.


 Tajuk: Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada?
Penulis: Nabilah Hasan
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00


. Ibu, siapakah Tuhan kita?
. Ibu, benarkah Allah itu ada?
. Ibu, bolehkah kita berbaik-baik dengan Allah? Bagaimanakah caranya?
. Ibu, bagaimana kita beriman kepada Allah?
. Ibu, kalau Tuhan sayang kita, mengapa ada penyakit dan perkara yang menyukarkan kita?
. Ibu bolehkah kita nampak Tuhan?
. Ibu, kenapa kita ada satu Tuhan?

Ini antara soalan-soalan yang biasa anak-anak tanya kepada ibu. Apakah jawapan yang ibu berikan? Adakah ibu hanya diam tanpa sebarang respon yang memuaskan hati? Ataupun ada yang menjawab, “Susah ibu hendak terangkan. Adik tidak faham. Bila besar nanti, ibu terangkan.”

Ibu bapa sering menjadi sumber rujukan pertama anak-anak dalam apa jua perkara. Perasaan ingin tahu yang tinggi mendorong anak-anak bertanya pelbagai perkara yang kadangkala mencabar minda ibu bapa. Apatah lagi apabila soalan itu berkaitan dengan perkara spiritual yang tidak nampak dan sukar diterangkan.

Buku ini memuatkan 21 soalan yang sering ditanya oleh anak-anak berkenaan Tuhan. Setiap soalan diberi berapa pilihan jawapan yang dikupas secara mudah dan padat. Sesuai bagi menjawab soalan-soalan yang paling mencabar daripada anak-anak anda.

Wednesday, March 6, 2013



Tajuk: Ideologi Umat Islam
Penulis: Abdul Hadi Awang
Penerbit: PTS
Harga: RM23.00

Sinopsis

Rujukan lengkap anutan dan aliran pemikiran masyarakat Islam sejak zaman khalifah Islam pertama.Bagaimana pegangan umat Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad. Adakah pegangan umat Islam kini seperti yang diajar oleh Nabi MuhammadBuku ini menghimpunkan mazhab-mazhab akidah umat Islam serta pecahan-pecahankecilnya. Turut dimuatkan sejarah berlakunya perpecahan, pengasas mazhab dan ajaran-ajaran tradisional serta moden yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Diselitkan info-info tambahan yang membantu pemahaman pembaca.

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, berkelulusanijazah B.A Syariah dari Universiti Islam Madinah dan M.A Siyasah Syar’iah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau adalah tokoh pendidik, ilmuwan, pendakwah dan pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.


Tajuk: Dato' Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Penulis: Dato' Dr Haron Din
Penerbit: PTS
Harga: RM26.00

Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:

Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.

3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.


Tajuk: Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Penerbit: PTS
Harga: RM25.00

Sinopsis

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapatdihindari.Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama.

 Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yangdihadapi dalam kehidupan seharian mereka.Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspekberikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta,zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.


Tajuk: Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Taharah
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2• Hukum Kencing Tidak Lawas 2• Cara Mandi Wajib 3• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena AirKencing4• Mandi Junub Atau Mandi Wajib 5• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi 5• Penggunaan Botol Arak 6• Samak Jaket Kulit Khinzir 7• Bawa Lori Najis 7• Kasut Berkulit Babi 8• Kemeja Sutera Campuran 8• Samak Kereta Terkena Anjing 9• Adab Masuk Tandas 10• Kencing Berdiri 11• Makanan Dimasuki Semut 11• Membersihkan Barang Bundle 12• Bangkai Dalam Air 12• Veterinar Memegang Anjing 13dan lain-lain.

Sunday, March 3, 2013



Tajuk: Ustaz Azhar Idrus Live
Penulis: Ustaz Azhar Idrus dan Kartunis Athool
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM15.00

Sinopsis

Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat. Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.


Tajuk : Bolehkah Bercouple?
Penulis : Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Penerbit: Telaga Biru
Harga : RM18.00

Sinopsis

Dunia hari ini menyaksikan hubungan antara lelaki dengan wanita semakin menuju ke arah kebebasan. Dalam kebanyakan masyarakat, hubungan lelaki dengan wanita sudah sampai ke tahap yang amat tidak wajar dan jelas keharamannya dalam hokum Islam. Antaranya wujud hubungan intim, teman rapat, teman untuk berbual, teman seks, hubungan tanpa ikatan, seks bebas dan sebagainya. Semuanya ini merupakan jalan ke arah zina yang diharamkan. Mungkin inilah suatu petanda akhir zaman yang mana disebut dalam riwayat hadis bahawa zina kian berleluasa. Buku ‘Bolehkah Bercouple’ yang diterbitkan ini adalah sebagai anak kunci pembuka minda kepada umat Islam di luar sana sebagai muhasabah dan renungan demi memurnikan ikatan perhubungan sesama kaum adam dan hawa. Buku ini mesti dimiliki kerana memberikan jalan penyelesaian kepada isu couple, memberikan tip dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah, menyentuh realiti remaja Muslim kini secara santai dan mudah, dan menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi Islam.


Tajuk    : Penawar Duka Pengubat Sengsara
Penulis  : Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: Alaf21
Harga   : RM17.00

Sinopsis

Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaaan yang dialami…Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA…

Pengisian Menarik:

• Iman Tidak Dipaksa• Bila Usia Menjelang 40• Kemanisan Dalam Ujian• Menangislah Wahai Mata• Mencari Keberkatan Masa• Di Sebalik Cinta Dan Tawakal• Mencari Hikmah Di Sebalik Duka• Jalan Pulang Ke Pangkuan TUHAN• Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan?• Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Tazkirah..

Sunday, February 24, 2013



Tajuk     : Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah
Penulis   : Muhammad Muhyidin
Penerbit : Kemilau Publika
Harga    : RM16.00

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru  ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti , “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan membuatkan anak-anak terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika  anak-anak itu membesar tanpa ilmu  akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.  
Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.
Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah.

Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit: Telaga Biru
Harga : RM55.00

 Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.



Tajuk     : Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat
Penulis   : Sabaruddin Hussein
Penerbit : PTS
Harga    : RM17.00

Buku ini mendedahkan:
  • Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
  • Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
  • Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
  • Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
  • Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
  • Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
Sabaruddin Hussein adalah penulis, penterjemah dan pengkaji sejarah dan konspirasi berkaitan dengan agenda Yahudi. Beliau menulis buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia dan Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan.





Wednesday, January 18, 2012

TELADAN DARIPADA KISAH NABI MUSA DAN ISTERI


Dis 2011: Kisah Nabi Musa dan Isterinya
HafizFirdaus.com - Thursday, 19 January 2012