Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia

Wednesday, April 10, 2013

Tajuk: Propagandis Zaman
Penulis: Subky Abdul Latif
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM39.00

PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.

Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.

Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.

Tajuk: Ya Allah, Jagalah Dia Untukku
Penulis: Burhan Sodiq
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Hati seseorang akan mudah tertawan apabila melihat suatu kecantikan atau keindahan. Dari mata, akan turun ke hati. Wujudlah perasaan cinta, sayang, rindu, kasih dan yang seumpamanya. Kemudian, hati pula mula berani untuk mendekati si dia. Akan terjalinlah hubungan yang kononnya dianggap rasmi iaitu couple. Apabila sudah bercouple, berani pula melakukan perbuatan-perbuatan yang menjadi mukadimah kepada perzinaan. Akhirnya?

Menyemai cinta dengan cara bercouple dalam Islam adalah tidak dibenarkan. Ya Allah, Jagalah Dia untukku menyediakan panduan kepada semua lapisan masyarakat bagaimana untuk menyemai cinta disamping meraih keredaan Allah SWT.

Sememangnya kita memerlukan cinta daripada si dia. Tetapi cinta kepada-Nya lebih diutamakan dan diperlukan untuk meraih cinta si dia. Setiap cinta memerlukan komitmen. Komitmen yang selari dengan ajaran dan panduan Islam supaya rumah tangga yang dibina mendapat mawaddah.

Sebelum si dia menjadi pasangan hidup kita, janganlah dihalalkan perhubungan yang haram. Yakin kepada Allah. Allah akan menganugerahkan pasangan yang terbaik untuk diri kita. Tadahlah tanganmu, berdoalah kepada Allah minta dipermudahkan segalanya. Bertawakallah setelah berusaha. Insya-Allah, Allah akan membantu.

Diharapkan dengan adanya naskhah ini, dapat dijadikan panduan bagaimana cara bercinta dalam Islam. Manfaatkanlah ia supaya naskhah yang berada di tangan anda ini sedikit sebanyak mampu membantu untuk mendapatkan pasangan hidup seiring dengan syariat.



Tajuk: Rahsia-Rahsia Besar di sebalik Sirah Nabawiyyah
Penulis: Saari Sungip
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM30.00

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya.

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.

Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita.

Tajuk: Aku Melayu di Kota Inggeris
Penulis: Muhaimin Sulam
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.

Tajuk: Ketika Malaikat tidak Bersayap
Penulis: Anas Al-Hazimi
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Suatu ketika, Allah mengutus malaikat maut yang menjelma dalam bentuk seorang lelaki kepada Musa. Malaikat meminta Nabi Musa menjawab panggilan Tuhan. Ini bererti bahawa ajalnya telah tiba dan saatnya telah dekat. Disebabkan Musa mempunyai emosi yang cukup tinggi, Baginda telah menampar wajah Malaikat maut dan merosakkan matanya.

Malaikat maut kembali kepada Allah untuk mengadukan apa yang diperolehinya daripada Musa lalu berkata: “Engkau menyuruhku pada hamba yang tidak mahu mati.”

[Jami’ul Usul: bab orang yang ingin dikubur di tanah suci. 3/206, No. 1339]

_____________________________

“Dulu semasa aku pergi untuk menunaikan solat isyakaku telah diculik oleh jin. Aku menetap bersama mereka. Suatu hari, golongan jin yang menculikku diserang oleh golongan jin Muslim. Pertempuran itu telah dimenangi oleh golongan jin Muslim. Cukup banyak golongan jin pertama yang ditawan dan termasuklah aku. Para jin Muslim yang menawan kami bertanya padaku, ‘Apa agamamu?’‘Aku orang Islam,’ jawabku.
‘Engkau sama seperti kami, sehingga kami tidak bolehmenawanmu.’ Kata mereka, lalu mereka menawarkan kepadaku untuk hidup bersama mereka atau kembali”....

Tajuk: Dilema Aurat Wanita ketika Bersalin; Fardu kifayah yang terabai
Penulis: Dr Zaharudin Mohammad
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM16.00

Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita.

Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini.

Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan ‘evidence-based’ perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor.

Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.

Monday, April 8, 2013

Tajuk: Senyum & Tawa Rasulullah
Penulis: Misbah Em Majidy
Penerbit: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.





Sunday, April 7, 2013

Tajuk: Perangi Syirik
Penulis: Dr Abdullah Yasin
Penerbit: Alaf21
Harga: RM21.00

ALLAH bertanya kepada roh, “Adakah AKU TUHAN kamu?”
Roh menjawab, “Iya, bahkan.”

Inilah perjanjian yang terpateri kukuh antara DIA dengan kita, hamba-NYA. Belum pun dilahirkan, roh kita sudah pun mengakui bahawa ALLAHlah satu-satunya TUHAN yang berhak disembah, tiada sekutu bagi-NYA. Namun, kita kadangkala lupa pada ikrar suci ini. Lupa pada asal usul kita. Lupa yang kita pasti akan kembali pada-NYA. Lalu bagaimana? Bermuhasabahlah setiap perbuatan kita agar segalanya tetap selari dengan perjanjian. Kufur dan syirik pada keesaan-NYA tidak diterima oleh DIA. Mengapa? Kerana kita sudah berjanji, mana mungkin kita ingkari? Kita ini manusia, hamba kerdil ciptaan-NYA. Apa layak kita untuk menentang DIA Yang Maha Perkasa?

Insaflah…. Kembalilah pada-NYA. Andai sudah terlanjur menduakan-NYA, bertaubatlah. Mohon ampunan sesungguhnya pada DIA. Benar, rahmat-NYA mengatasi murka-NYA. Moga ada kemaafan pada khilaf yang dilakukan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK

• Islam Agama Haq.
• Tauhid dan Iman.
• Kufur dan Syirik Pada-NYA.
• Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid.
• Bertilik Nasib dan Mencari Keberkatan.
• Tangkal dan Jampi Dalam Islam.
• Mensucikan Manusia. Bolehkah?
• Syafaat Tuan Guru. Wujudkah?
• ALLAH Bersama Makhluk. Benarkah?
• Kaedah Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH



Saturday, March 30, 2013

Tajuk: Sejarah Agama Yahudi
Penulis: Muhammad Khalifah Hasan Ahmad
Penerbit: al-Hidayah
Harga: RM25.00

Sering diperkatakan tentang kezaliman Israel di Palestin. Bagimana seluruh dunia dapat menyaksikan kekejaman demi kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin Kita juga sering mendengar bagaimana ganasnya penguasan Yahudi di dalam system ekomomi dan politik dunia. Pernah kita mendengar tentang Agama Yahudi? Ia merupakan salah satu agama tertua dunia.

Buku ini merupakan sebuah buku yang amat padat dengan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita untuk mengetahui tentang sejarah dan asal-usul agama Yahudi. Amat penting bagi kita umat Islam agar kita lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dengan dakyah, propaganda dan tipudaya agama Yahudi yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan dan memusnahkan umat Islam walau dengan apa cara sekalipun. Maka untuk memahami gerakan dan strategi Yahudi dan Zionis moden amat penting bagi kita untuk megetahui tentang agama Yahudi yang menjadi asas pegangan mereka. Kerana ini berkait rapat dengan sejarah bangsa Yahudi itu sendiri dan perancangan penguasaan mereka terhadap dunia ini.

Semoga kehadiran buku ini memberikan kita maklumat dan mengenali tentang bangsa dan agama Yahudi. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas untuk kita memahami dan mengetahui propaganda Yahudi yang terang-terangan memusuhi Islam sejak dahulu lagi.

Friday, March 29, 2013

Tajuk: Tuhan Sedang Menguji Kita
Penulis: Ustaz Kazim Elias
Penerbit: Alaf21
Harga: RM19.90

Sinopsis

Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...


Monday, March 25, 2013

Tajuk: Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis: Fathuri Salehuddin
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM18.00

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' dari Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikuti rahsianya.

Al-Quran Dengan Teknologi Audio..

Lebih mudah untuk belajar kerana menggunakan suara Qari-Qari Malaysia..

1. Ustaz Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Juara Akademi al-Quran Musim Ke-3)
2. Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Qari Rancangan Halaqah TV9, Qari TV al-Hijrah)
3. Ustaz Khairul Anwar
4. Syeikh Abdullah Basfar

Terdapat Warranty selama Setahun..

Teknologi Tempatan Sepenuhnya (milik Syarikat Melayu Islam)

Bahan Praktis Audio:

1. Mushaf Al-Quran
2. Buku Pelajaran Tajwid
3. Buku Doa Harian & Zikir Rasulullah
4. Doa & Munajat Orang-Orang mukmin

Peralatan Elektronik:

1. Pen Audio
2. Earphone
3. Pengecas Bateri USB
4. Kabel USB

Paling Murah dalam pasaran Malaysia..

Hanya RM200 (Termasuk Postage)

Dapatkan segera sementara stok masih ada..






















Sunday, March 24, 2013

Tajuk: Palestin Tak Pernah Gentar
Penulis: Zulkifli Mohammad al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin.

Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Tajuk: Palestin Kami Datang
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM17.00

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!.