Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Penerbit: PTS
Harga: RM6.50

Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh kerana persepsi yang mengelirukan ini, akhirnya aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, haid bukan masa 'bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid.

Buku ini memberi panduan amalan pilihan yang dapat dilakukan oleh kaum wanita dalam keadaan haid. Sekiranya kaum wanita melakukan semua amalan yang ada dalam buku ini, nescaya mereka tetap mendapat pahala, meskipun sedang ‘bercuti’ daripada melakukan solat dan puasa. Bahkan, keadaan haid tidak menutup kemungkinan iman mereka tetap terpelihara dan beransur naik.

Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui :

. Haid pada Pandangan Islam
. Haid dari Sudut Perubatan
. Larangan untuk Wanita Haid
. Mengapa berlaku Penurunan Iman ketika Haid
. Persediaan Menghadapi Haid
. Amalan Pilihan ketika Haid



BAB 1 HAID PADA PANDANGAN ISLAM ..........................................1

Haid dalam al-Quran dan Hadis 2
Pengertian Haid 3Hikmah Haid 3
Bilakah Wanita Mengalami Haid? 4
Proses Haid 4Tempoh Haid 5
Warna Darah Haid 6Sifat Darah Haid 6
Tanda Berhentinya Haid 7

BAB 2 HAID DARI SUDUT PERUBATAN ...........................................9

Haid Menurut Ilmu Perubatan 10
Simptom atau Gejala yang Berlaku Ketika Haid 10
Pola Pemakan Mempengaruhi Kitaran Haid 11
Nutrisi Penting Ketika Haid 12
Gangguan Haid 13
Cara Mengatasi Gangguan Kesihatan Ketika Haid 15

Dan Bab-Bab yang lain.

No comments:

Post a Comment