Baucar Buku

Baucar Buku
Kami Menerima Baucar Buku 1Malaysia

Tuesday, March 12, 2013

Tajuk: Minda Muslim Super
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS
Harga: RM35.00

Mengikut Merriam-Webster’s Online Dictionary di http://www.m-w.com/dictionary, perkataan super dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud, “Over, above… over and above: higher in quantity, quality, or degree than… : exceeding or so as to exceed a norm… : surpassing all or most others of its kind… : superior in status, title, or position.”
Mengikut The Pocket Oxford Dictionary (Oxford University Press), super bermaksud, “1- above, beyond, or over (superstructure; supernormal). 2- to an extreme degree (superabundant). 3- extra good or large of its kind (supertanker). 4- of a higher kind.”

Justeru perkataan super dapat diertikan sebagai ‘sesuatu yang lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukannya serta sesuatu yang unggul’ dan pada hari ini ia menjadi sebahagian daripada bahasa Malaysia. Sebagai contoh dalam Dewan Eja Pro, ungkapan berhubung minyak berkualiti tinggi, iaitu, ‘petrol with high octane rating’ diterjemahkan sebagai ‘minyak super’ dalam bahasa Malaysia.

Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat yang super. Mereka bermula dari zero (kosong) kemudian berubah menjadi hero. Di peringkat awal umat ini dianggap seperti tunggul, tiba-tiba ia berubah menjadi unggul. Kemudiannya, umat super ini berjaya mengubah dunia. Berhubung dengan kejayaan ini, A.M. Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam (Ross & Perry, New Jersey, 2002) berkata, “Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam. Dalam proses itu, ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.”

No comments:

Post a Comment