Tajuk: Travelog Syahadah
Penulis: Muhammad Rasyidi Abdullah
Penerbit: PTS
Harga: RM14.00
Lahir dalam keluarga yang beragama Kristian tanpa pegangan yang kukuh mahu pun suatu petunjuk atau panduan untuk menempuhi asam garam kehidupan benar-benar mengajar aku erti kesabaran, mujahadah dan menghayati prinsip-prinsip agama setelah memeluk Islam. Selama 22 tahun saya hidup dalam kegelapan jahiliah. Terlalu banyak onak duri yang pernah saya lalui dan tempuhi. Allahu Akbar… betapa hebatnya dan sempurnanya syariat Islam sehingga mampu mengubah seluruh kehidupan saya.
Berjalan di atas muka bumi Allah demi menyambung tugas para Nabi dan para Rasul. Ia bukannya suatu pilihan. Tetapi tugas ini merupakan kewajiban bagi setiap individu Muslim. Cuma, di sana terdapat perbezaan dari sudut uslub dakwah mengikut kemampuan, situasi dan tempat. Apa pun, tugas ini perlu dititikberatkan bagi tiap-tiap individu walau apa pun profession dan bidang yang diceburi. Ia merupakan sumbangan kita kepada Islam yang kita anuti dan yakini.
Golongan seperti kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan di awal keIslaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan bahkan orang tersayang, merupakan saat yang amat sukar bagi kami. Mengubah landskap kehidupan jahiliah kepada taat dalam ajaran Islam amat memerlukan kesabaran dan mujahadah yang tinggi. Ketika itulah kami amat memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan dari pihak berwajib mahupun individu yang prihatin. Mudah-mudahan coretan kisah suka duka perjalanan hidup yang saya rakamkan di dalam Travelog Syahadah ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca, terutamnya kepada kalangan Melayu Islam yang berada di dalam dilema,
- Dilema antara bangsa Melayu dan agama Islam
- Dilema antara adat dan adab.
- Dilema antara syariat Islam dengan jahiliah.
- Dilema antara rahmat dan laknat.
No comments:
Post a Comment