Tajuk: Yang Ok & Ko Dalam Ibadah Haji & Umrah
Penulis: Khair Abdul Salam & Zulkifli Khair
Penerbit: PTS
Harga: RM15.00
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Oleh kerana itu, ramai antara kita kurang arif ataupun tidak tahu secara mendalam mengenai tertib ibadah haji ataupun umrah. Bahkan solat yang kita lakukan setiap hari juga kadangkala tersilap, terlupa dan sebagainya, apatah lagi ibadah haji ataupun umrah yang jarang sekali kita lakukan. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan, Tuhan memberikan garis panduan mengenai apa yang OK dan apa yang KO dalam ibadah yang penuh berkat ini.
Garis panduan itu termaktub di dalam Quran, sunah Nabi Muhammad dan kitab-kitab tokoh-tokoh Islam terdahulu. Bersyukurlah, kini kita tidak perlu bersusah payah mencari sumber rujukan bagi mengetahui apa yang OK dan KO dalam ibadah haji dan umrah, segala-galanya itu berada di tangan anda sekarang. Sama ada anda hendak menunaikan haji ataupun umrah ataupun hendak menghadiahkan buku panduan kepada saudara yang ingin menunaikan haji ataupun umrah, buku ini adalah jawapannya. Ia diterbitkan bersama dengan dua buku lain yang menjadi bonus kepada buku ini.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah: Penjelasan, apa yang OK dan yang KO dalam ibadah haji dan umrah? Tip dan panduan bagi melakukan apa yang OK dan menghindari apa yang KO. Tertib bagi menunaikan fardu haji ataupun umrah yang sempurna. Doa-doa terkenal berkaitan ibadah haji dan umrah. Penulis buku ini iaitu Ustaz Khair Abd Salam dan Ustaz Zulkifli Khair adalah tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan haji dan umrah. Ustaz Khair Abd salam sendiri sudah terlibat dalam memberikan ceramah, latihan dan penerangan mengenai ibadah haji dan umrah bersama dengan Lembaga Tabung Haji sejak 10 tahun yang lalu. Beliau juga berpengalaman dalam mengetuai jemaah haji ataupun umrah ke tanah suci Mekah. Kini, segala ilmu dan pengalaman itu diterjemahkan dalam bentuk penulisan dalam buku ini. Milikilah buku ini segera sebelum anda bertolak ke Mekah. InsyaAllah, haji mabrur milik anda.
No comments:
Post a Comment